Leo_Kingston
Di suatu pagi yang cerah, bertepatan tanggal 15 Jun 2000, lahir sebuah anak lelaki yang bermata biru yang bernama Leo Kingtson. Leo Kingston merupakan seorang anak tunggal iaitu anak daripada ayahnya, Dr. Liam Kingston dan ibunya Sherly Kingston. Dr. Liam Kingston, merupakan seorang doktor ternama yang populer dikernakan oleh kepintarannya. Oleh itu, Leo Kingston membesar dengan persekitaran yang selesa, pendidikan yang cukup dan keluarga yang bahagia. Namun, kebiasaannya Leo hanya meluangkan masa dengan ibunya sahaja, manakala ayahnya pula sangat sibuk bekerja. Oleh itu, seiring Leo membesar, dia kurang akrab dengan ayahnya.
Tahun demi tahun berlalu, Leo sudah menginjak alam sekolah menengah. Leo mendapatkan keputusan yang memuaskan sehingga mendapatkan biaya tanggungan pelajaran oleh pihak kerajaan. Dia kekal untuk belajar bersungguh-sungguh agar sentiasa cemerlang dalam bidang akademik dan juga rajin bermain sukan agar badannya sentiasa sihat. Dia tidak berharap keatas kejayaan ayahnya itu walaupun dia sudah boleh dijanjikan hidup yang selesa. Waktu berlalu begitu cepat, Leo sudah menamatkan pengajiannya di peringkat universiti dan mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang Teknologi Pengkomputeran.
Sebaik sahaja menamatkan pelajaran, Leo berfikiran untuk membuka toko elektronik dan robotik seiring dengan bidang yang dimahirkannya. Toko tersebut dinamakan atas namanya sendiri. Toko itu menjual banyak barangan dan laku di pasaran sama ada di kedai mahupun dalam talian. Namun, kejayaan Leo sering dianggap berada dibawah bayang-bayang ayahnya yang populer itu, Dr. Liam Kingston. Barangan Toko Leo yang laku sering kali dikaitkan dengan nama ayahnya. Awal-awalnya, Leo tidak kisah terhadap perkara ini. Namun, lama-kelamaan semakin ramai orang yang menyatakan pernyataan itu. Dengan ini, Leo berasa kesal kerana kejayaannya sering kali dikatakan gendongan daripada ayahnya. Leo berasa amat tertekan disebabkan oleh hal ini. Oleh itu, Leo memutuskan bahawa untuk menutup toko itu dan pergi dari rumah. Dia ingin memulakan semuanya dari kosong semula tanpa ada apa apa kaitan dengan ayahnya itu. Walaupun sudah diajak berbincang oleh keluarganya, Leo tetap bertegas untuk pergi dari kota itu. Selepas sahaja kejadian itu, Leo memesan tiket pesawat lalu mendarat di kota Los Santos. Dia berharap agar dapat menemukan masa depan yang lebih cerah disini.
Questions
Character Story Pertama: Yes
Durasi bermain di JG:RP: 1 - 3 bulan
URL Namechange:
Account UCP yang saya miliki:
Tidak ada
Account Forum yang saya miliki:
Saya aefrian selaku pemilik account UCP aefrian bersedia jika Character saya yang disebut di atas (Leo_Kingston) dibanned permanent jika character story yang saya buat di atas berupa plagiat dari story milik orang lain.